Friday, October 2, 2009

Apa Makna di Sebalik Ujian Allah?

"PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU 2 Okt. – Jumlah kematian di kawasan malapetaka gempa bumi di Padang, Indonesia sudah mencecah kepada 1,100 orang dan akan terus meningkat, kata Ketua Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), John Holmes semalam.“Jumlah kematian terbaru sudah mencecah kepada 1,100 orang dan kami menjangkakan ia akan terus meningkat,” katanya pada taklimat kepada media.“Kebiasaannya kebanyakan daripada ratusan mereka yang cedera kini akan menjadikan jumlah kematian akan terus bertambah apabila hubungan maklumat berjaya dipulihkan,” katanya. – AFP"
Tragis!! Memang tragis bila baca surat khabar. Gempa bumi yang baru sahaja berlaku di Indonesia. Sedih melihat keadaan dan kesan selepas gempa tersebut. Sesungguhnya dugaan TUHAN itu amat hebat. Sesungguhnya, ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku. Sama - sama lah kita fikirkan!



Friday, July 24, 2009

Tumbuh, Kembang , Hancur!

Kitaran hidup di dunia yang fana ini. Aku dah tumbuh. Aku dah berkembang. Tinggal satu langkah je lagi.

Aku sangat takut!

Monday, July 20, 2009

Kita tau tak?

Kita sayang NABI tak? Kita respect NABI tak?

Kita tau tak?

Sahabat nabi sayang NABI lebih dari diorang sayang diri diorang sendiri

Kita tau tak?

Kita usahkan nak sayang, nak dengar kisah nabi pon mengantuk. Kisah micheal Jackson suka plak!. Sirah Britney Spears, Rihanna, Justin Tasikbalak (Timberlake) semua hafal, follow n tiru sebijik.

Cuba kita fikir sekejap!

Kat sana nanti siapa yang boleh tolong kita kena siksa yang amat pedih?

Artis Hollywood ke?

Ke NABI kita Muhammad Rasulullah S.A.W?

Kita pikir la sendiri!

P/S:
Perkataan KITA digunakan berbanding KORANG kerana ini adalah renungan KITA bersama.
Credit for www.ujang.com.my
Post ini sempena peristiwa Isra' Mikraj

Monday, July 13, 2009

Apa Yang Penting? - Kerjasama


Telefon, telefon berbunyi…
Telefon, kami datang.
Telefon, telefon berbunyi…

Ada haiwan dalam bahaya!!
Ada haiwan dalam bahaya!!
Ada haiwan dalam bahaya, di sana…

Apa yang penting ?
Kerja sama..
Apa yang penting ?
Kerja sama..

Wonder Pets Wonder Pets…
Kami datang..
Membantu (anak haiwan) yang kesusahan..
Kami tak besar..
Dan kami tak kuat..
Bila bekerjasama semua jadi mudah..

Cerita Kartun yang sangat besh. Sehingga menjilat jari!

Gua punya rating:8/10

Adakah aku kebudak budakan?

****HahahahahahaKahkakahlalaa****

Saturday, June 20, 2009

Kami Nakal.Bapak Garang.Kami Takut

Ni aku nak habaq pasal kisah keluarga aku. Kisah yang menjadi pengajaran buat aku. Kisah pasal kami adik beradik yang nakal time kecik2 dulu. Dulu je ek kami nakal tapi sekarang ni kami dah insaf.Hahaha.Al maklumla,dah besar panjang semuanya.Hik3
Dulu.Waktu kecik2, aku,adik lelaki aku dan kakak aku nakal. Ala biasalah tu..Budak2..Korang pon sama aku rasa!
Aku ngn adik lelaki aku ni memang jenis yang suka bergaduh. Tiap2 hari x bergaduh tak sah. Macam kucing dengan anjing katakan.
Nak dijadikan cite,time tu waktu makan. Kami bergaduh kerana berebut seketul paha ayam. Mak aku nasihat supaya bagi je kat adik aku ayam tu. Bapak ku die je time tu.Tapi aku pon jenis yang degil gak. Tak nak ngalah.Hahah.. Diam punya diam..akhirnya meletus jugak gunung berapi die tu. Die marah lalu sembur sepiring budu kea rah kami berdua. Habis terpecik ke tubuh kami. Ada cikit yang masuk mata. Aduh pedihnya. Aku terus berlari ke singki utk cuci mata.
Kakak aku pelik sikit.Die jenis yang susah dan malas p sekolah. Pagi2 je menangis tak nak p sekolah. Puas mak aku pujuk. Tapi xda kesan pon.
Satu hari tu, die menangis lagi xnak p sekolah. Bapak aku geram dan marah. Korang tahu apa tindakan bapak aku?Hahaha..
Die tarik tangan kakak aku dan ikat kakak aku kat sebatang pokok betul2 depan rumah aku. Semua orang yang lalu lalang ke sekolah berhenti dan memerhatikan kakak aku. Lagi kuat die nangis. Waktu tu die baru darjah 2.
Mungkin kerana terlalu malu kot,pastu barulah die mangaku kalah. Merayu2 die nak p sekolah balik.Hahaha..
Amacam? Garang tak bapak aku. Die ni jenis yang diam2 je orgnya. Tapi bila dah meletus tu die akan buat apa yang sepatunya la.
Sejak peristiwa2 sedemikian, kenakalan kami berkurangan.Kalau nak bergaduh pon di belakang bapak baru boleh. Kalau depan bapak terpaksa lah buat pura2 baik.Hahaha..Very funy!


Saturday, May 23, 2009

Nasihatkan Orang! Tapi Diri Sendiri Pon Tak Buat.Cis!

Sudah lama aku tak update blog kesayangan aku ini. Rindu rasanya kat korang sume. Aku sebenarnya amat sibuk dgn practical training (LI) sekarang ni. Amat2 sibuk. Keluar pagi2 lagi pastu balik plak lewat petang. Capek2. Begini rupanya sausana keje yang sebenarnya..Adoi..Sabar2!!

Tapi aku bukan nak citer pasal practical training tu..Nak citer mende lain la..Pasal LI tu aku citer lain kali ek..Aku akan citer pasal pengalaman LI aku utk post yang akan datang ok..Hehehe..
Ni citer pasal sikap manusia yang membuatkan aku amat2 menyampah + geram + marah

Menyampah!

Menyampah!

Sangat2!



Pada suatu petang, waktu tu aku pulang dari tempat LI. Bukan aku keseorangan.Tapi aku berteman. Si Katak Pisang nama teman aku itu. Waktu itu dalam pukul 6 lebih2 rasanya. Kami berhenti dekat satu simpang sebab lampu isyarat merah.Kete penuh sesak. Bersusun2. Maklum la waktu itu semua manusia pulang dari tempat keje. Aku stop di sebalah kereta wira berwarna putih. Masih baru kete tu. Berhenti je kete, aku terus pusing ke kanan utuk lihat orang di sebelah aku.

Aku tergaman. Ku lihat dua orang polis ada dalam kete itu. Aku mula cuak tapi Si Katak Pisang tu belom nampak lagi apa yang aku nampak. Memang la cuak sebab time tu aku tak pakai sit belt. Hahaha. Tetiba je salah seorang polis tu menjengukkan kepala dari tingkap kete n terus "sound" aku. Membebel la die marah sebab aku tak tak pakai sit belt. Malu nya sebab ramai orang tengok..Aduh..Malunya!

Memang salah aku pon. Aku mengaku. Huhuhu..So aku n Si Katak Pisang pon pakai la sit belt seperti yang diarahkan. Padan muka kami!Hahaha..

Huhu...Nasib baik lampu dah hijau..Terus aku jalan..Kalau tidak lagi panjang polis tu akan meleter.Hahahaha..
Masa kami jalan..Si Katak Pisang sempat lagi menjenguk ke arah kete polis tu.. Tetiba je Si Katak Pisang membebel marah2 dan tak puas hati..

Katak Pisang: Bengong la polis tu.. Die sendiri tak pakai tsit belt.Nak nasihat orang lain suruh. Tak patut betol. Nama je polis..bla2.. Si Katak Pisang tu membebel mengalahkan seorang nenek.

Dengar je apa yang Si Katak Pisang tu cakap, aku apa lagi..Memang menyumpah seranah la aku..Keluar semua apa yang tak perlu dari mulut aku ni. Marah dan geram amat sangat.

Nak nak nasihatkan orang tapi diri sendiri tak buat!

Cis! memang tak patut!

Aku terus memecut kereta meninggalkan kete polis itu dengan perasaan yang geram!

Itu sajalah kisah aku kali ini.. Di harap korang sume terhibur..Kih3

Moral of the story:
1. Pakai la sit belt ketika memandu untuk keselamatan kita juga
2. Sebelum menasihatkan seseorang, pastikan kita tu sempurna (jgn salah tafsir ok)
3. Jangan lah jadi macam aku.. Aku akan menyumpah2 bila aku betol2 marah dan geram

Di harap ianya menjadi teladan untuk semua

Sekian Terima Kasih


Wednesday, May 6, 2009

Ungkit Mengungkit! Perlukah?

Suatu petang yang damai, budak A yang agak lemah dalam pelajaran menghantar SMS kepada budak B yang agak terer dalam pelajaran.

Budak A:
Bro, jom study sama malam ni? Tolong ajar aku macam mana nak jawab soalan past year Genetic. Aku tak tahu la nak jawab soalan tu.

Budak B:
Eeee… tak nak la aku study ngan ko. Ko tak menyumbang apa-apa pun kat aku. Asyik aku je ajar ko. Tapi ko tak pernah ajar aku apa-apa..mana aci!

Budak A:
Hmmm... tak pe la kalau begitu (sambil terkelu!)

Patut atau tidak?
Perlukah mengungkit akan ilmu yang diajar kepada seseorang?
Apakah perasaan anda apabila kejadian ini terjadi kepada anda dan apakah yang anda akan lakukan?

Sekian terima Kasih

Thursday, April 30, 2009

Aku Masih Ingat!Kalau Boleh Tak Nak Terjadi Lagi

Aku masih ingat!

Aku masih ingat. Kejadian itu amat pedih bagiku. Mungkin antara pengalaman pahit bagiku. Bila diingatkan kembali, aku tidak mahu ianya berulang lagi.Waktu itu, aku darjah satu. Ya memang betul. Darjah Satu. Masih belum matang. Masih keanak anakan. Masih main kejar mengejar pada waktu petang. Masih main sembunyi sembunyi. Main polis entry la. Budak budak katakan.

Hahaha..Lucu!

Aku masih ingat. Depan rumahku waktu itu ada sebuah bangsal. Ada bangku besar.Ala tempat lepak2 waktu petang bersama keluarga.

Nak dijadikan cerita…

Pada satu petang. Ramai budak2 berkumpul di rumahku untuk bermain. Biasa la kan,kawasan rumah ku luas, sesuai untuk segala jenis permainan. Boleh berlari2 macam satu track lumba. Rumah kampong katakana. Budak2 ni pon kawan2 aku jugak. Kami sebaya. Waktu itu, mak dan ayahku ke bendang.Tanam tembakau.Yang tinggal hanya lah kakak ku dan teman2 sebaya ku.

Kami bermain dengan riangnya. Main permainan bodoh tapi best. Kami naik atas bangku. Main tolak menolak. Sapa paling lambat jatuh die menang (bodoh kan?) Aku cuba sedaya upaya untuk bertahan agar tidak jatuh. Tiba2 je ada sorang budak (lebih tua dari aku + agak besar badannya) menolak aku dari atas bangku dengan kuat. Apa lagi….

Gedebuk!.....

Aku jatuh. Aduh sakitnya. Tangan ku patah. Dan tanganku (bahagian sendi siku) terseliuh. Sakitnya. Tuhan saja yang tahu. Namun aku sedikit pon tidak nangis waktu itu. Aku hanya terkejut melihat tulang tangan ku yang patah itu tersembul keluar. Darah mengalir tanpa henti. Pucat juga muka ku. Teman teman sudah mengelilingiku. Kakak ku berlari ke rumah pak saudara ku untuk mintak tolong. Belakang rumah je.

Budak yang menolakku terus lari menghilangkan diri. Mungkin die pon terkejut. Aku tahu die pon bukan sengaja.

Jiran di depan rumah ke bendang untuk memberitahu mak dan ayahku. Mereka terus pulang. Apa lagi mak aku la yang menangis. Sempat lagi sebiji pelempang singgah ke tubuh ku. Biasa la.Die sayang aku. Nasi tambah la tu. Katanya upah kebuasan aku!

Tapi yang peliknya aku bukan dibawa ke hospital. Tapi aku dibawa ke rumah bomoh. Bomoh patah katannya. Mak aku gunting je baju aku yang penuh darah dan ganti dengan baju lain sebelum ke rumah bomoh. Terpaksa. Nasib baik dapat diselamatkan. Hehehe.Terpaksa tanganku beranduh. Seksanya!

Malamnya….

Ramai yanag datang melawat (macam orang sakit tenat je). Budak tu dengan maknya pun datang. Menagis - nangis mak die minta maaf. Alhamdulillah. Keluarga kami bukan pendendam. Maaf diterima.Hehehe..

Selepas itu lama jugak la aku tangan ku beranduh.Pergi sekolah pun beranduh. Nak buat segala hape pun susah. Tak mahu ianya terjadi lagi. Amat siksa!

P/S: Perkongsian pengalaman ini atas permintaan saudara Zahari

P/S: Jangan nakal2 waktu kecil, ingat pesan mak bapak

Sekian Terima Kasih

Saturday, April 25, 2009

SEKOLAHKU RUMAHKU!RUMAHKU SYURGAKU!

"TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE LIANG LAHAD"

Sedar tak sedar aku sudah berusia 21 tahun. Sungguh cepat masa berlalu. Sungguh cepat ku meniti waktu2 yang berputaran. Saja ku mengimbau latar belakang pendidikan dari kecil hingga sekarang dalam memantapkan ilmu di dada. Moga ku tak lupa diri dan terus gigih menimba ilmu sehingga ke titisan terakhir.Berjuang dan terus berjuang!

*****************************************************************************************
********(^_^) (*_*) (^_^)********


Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Panggong
Lokasi: Pasir Puteh, Kelantan
Pra Sekolah ->Darjah 1 - Darjah 6



Nama Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil
Lokasi: Pasir Puteh, Kelantan
Tingkatan 1 ->Tingkatan 3



Nama Sekolah: Maktab Rendah Bitara Pengkalan Chepa (MRSM PC)
Lokasi: Pengkalan Chepa, Kelantan
Tingkatan 4 -> Tingkatan 5



Nama Institusi: Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Lokasi: Skudai, Johor
Tahun 1 -> Now

Ke manakah arah tujuku selepas ini?Akan ku tentukan nanti!

********AKU SAYANG SEKOLAH KU********
********SEKOLAHKU RUMAH KU********

Sekian Terima Kasih


Tuesday, April 21, 2009

Aku berasa resah.Aku menjadi malas.Aku berasa bosan!

Aku berasa resah.Aku menjadi malas.Aku berasa bosan!

Tidak sabar hendak memuntahkah segala ilmu yang Aku kutip selama 1 semester!

Aku membelek2 jadual final exam. Huh..Mengeluh!! ada 6 paper semuanya. Agak banyak sebenarnya. Mungkin semester ini paling mencabar. Semester ini lah paling hectic. Semester inilah paling menggila dan membunuh. Harap2 ianya gagal untuk mencekik pointer Aku sem ini. Paper pertama pada 26 hb April dan berakhir pada 5 hb Mei (Lambatnya boleh balik) walhal manusia lain sudah pon habis final exam ketika itu. Mereka boleh berpoya sedangkan Aku terpaksa menelaah untuk kertas akhir peperiksaan. Argh..dengkinya Aku.

Aku mungkin pulang pada 7hb Mei. 11 hb Mei.Aku seharusnya daftar latihan industri di syarikat yang Aku terima. Tapi Aku bersyukur kerna Aku boleh tinggal di rumah semasa latihan industri. Dapat menatap wajah bonda dan ayahanda Aku setiap hari. Dapat menikmati masakan bonda setiap hari. Dapat mengubat rindu yang terpalit sekian lama. Sesungguhnya Aku amat menyayangi mereka dunia dan akhirat.

P/S:Adakah Aku merapu meraban? Aku sendiri tidak pasti!maafi Aku
P/S: Doakan kejayaan ku semua.Basya!!

Wednesday, April 15, 2009

Ikhlas Dariku Untuk Temanku Semua (^_^)

Wahai kawan kawan, aku just nak wish you all GOOD LUCK in the final exam

Berjuanglah kamu hingga ke titisan darah terakhir kerana sesungguhnya berjuang di medan ilmu adalah satu JIHAD

"MAN JADDA WAJADA WA MAN ZARA' HASODA"

*****+++++Bermaksud+++++*****

"Sesiapa Yang Berusaha Akan Mendapat Hasilnya"


Sunday, March 29, 2009

Apakah Erti Semuanya Ini?

--<@ Hatiku resah @>--
--<@ Jiwaku parah @>--
--<@ Jasadku rebah @>--
--<@ Mindaku lemah @>--
--<@ Kakiku goyah @>--



Kenapa ini semua terjadi kepadaku?
Apakah tanda2 ini semua?
Jelaskan kekusutan di fikiranku ini!
Rungkaikanlah persoalan yang berlegar2 di benakku ini!
Waraskanlah pemikiranku dalam menempuh dugaanMU

6ixth Sense - TANPA
Resah yang ku ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi

Tanpa..
Cintamu aku resah
Tanpa..
Kasihmu aku hampa
tanpa..
Dirimu aku nanti
Hooo…

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Aku tak mengerti

Takut
Takut jauh cari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
Hooo…

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti

Saturday, March 21, 2009

Pecah Perut : Seks Di Dalam Tandas

Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Kelas Tkn 6 Melur
Situasi : Pelajaran Bahasa Melayu. Cikgu Sahab meminta pelajar menghuraikan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai tajuk "Kenapa Remaja Melakukan Maksiat Dalam Tandas Awam"

Sharifah : Pada pendapat saya, remaja yang sanggup melakukan maksiat dalam tandas adalah dari kalangan mereka yang tidak berkemampuan menyewa bilik hotel.

Zakaria : Saya tidak bersetuju kerana ada diantara mereka yang datang dari golongan berkemampuan tetapi masih melakukan perkara sedemikian.

Khairil : Menurut firasat saya, remaja tersebut berada dalam keadaan kelam kabut. Tak sempat cari hotel. Dan sebab utama yang lain, mereka buta tentang agama.

Sofri : Saya tidak bersetuju bahawa pelajar tersebut buta tentang agama.

Khairil : Kenapa pulak? bukankah umat yang melakukan maksiat sebegini sebenarnya tidak tahu atau tidak menghayati pendidikan agama?

Cikgu Sahab : ( bertanya kepada Sofri) Mengapa kamu tidak bersetuju dengan pendapat Khairil?

Sofri : Sebenarnya mereka amat arif dengan agama. Sebab mereka tahu yang malaikat TIDAK akan masuk tandas. Oleh itu, jika mereka melakukan maksiat dalam tandas, malaikat tidak dapat menulis amalan buruk yang mereka lakukan.

Cikgu Sahab : ?!!

Pesanan Putera
Moral of the story is what?

Tuesday, March 10, 2009

Trip PD - Melaka Yang Vouge2 Devas + Meletop

Orang kata, jauh perjalanan luas pengalaman!!Betul ke? Aku sangat setuju ngn peribahasa ni. Aku bukan nak bermadah ke apa ni..Just nak cerita serba sedikit pasal trip yang aku join baru2 ni. Trip ke Port Dickson - Melaka. Best sangat2..Bukannye apa..coz dapat bersama2 ngn geng2 coursemate yg tercinta..Tapi agak berdukacita kerna hanya 21 putras n putris je yg join..Tapi tak apa..trip tetap meriah dgn adanya manusia sekepala ini..Aku x nak cerita panjang leber. So anda bersedia la untuk lihat gambar2 yang vouge2 devaaaass spanjang kami di sana (^_^) Jom Singkap aksi2 yang agak mengghairahkan kanak2 rebina KELAS AKU

*************************************************************************************
***LOADING AGAK LAMBAT!!!!BANYAK GAMBAR NI!!***

BERSEDIA!!!
*************************************************************************************
Sebelum bertolak ke Port Dickson, silalah anda lihat posing2 maut budak2 ni..Hahaha.Tyme berkumpul kat KTDI


Geng2 mencapub (oren sakit mata)


Geng2 belang kecuali yang baju purple tu..Menyibuk je!!!


Geng2 porche Kroll (MBD) aka pemandu pelancong


Satu2 nya Chinese yang join. Memperkenalkan... SIM JUN MIN (peace)


La la la la Li li li Lu lu lu (clik!)..Mana Faris ni?

*************************************************************************************
Semasa di dalam perjalanan, berlaku la aksi kejar mengejar antara QKD (kanan) -Driver yg berhemah dgn JKN (kiri)...Nampaknya kete2 lain sudah jauh ketinggalan..Hehehehe..Yes!!
*************************************************************************************

QKD (kanan) dan JKN (kiri) kejar mengejar atas highway

************************************************************************************
Singgah sebentar di bandar Seremban..Membeli belah barang2 BBQ sambil2 mencuci mata di JJ Seremban.Berlakulah adegan2 di bawah ini secara disengajakan!!
JJ SEREMBAN
************************************************************************************


Lihat lah muka si Kimi. Menagapa die beraksi sedemikian?


3 terunas sesat di dalam JJ Seremban. Baju Toha agak seksi ( Baby T ke?) Hehehehe

*************************************************************************************
Setelah punggung dan anggota lain sakit sebab berada lama di atas kete..akhirnya sampai jugak kat PD..Kami tinggal di Glory Beach Resort.
GLORY BEACH RESORT PORT DICKSON
*************************************************************************************


Tempat penginapan kami yang *amat* selesa


Muka xleh blah dari 3 jejakas..Kroll (tengah) nampak agak skematik diagram!!


Peace semua!!!!!!!Oren tetap meyerlah..Jgn jeles!!


Aksi kanak pramatang sambil menunngu check in hotel

*************************************************************************************
Pada malamnya, seperti yang dirancang kami ada BBQ night. Walaupun seharian berjalan n agak letih, tapi BBQ tetap berjalan lancar
GLORY BEACH RESORT PORT DICKSON
*************************************************************************************


Kipas jgn tak kipas Ema. Api dah nak mati tu!!


Suasana meriah dengan adanya guitarist yg dijemput khas..Wan,kami agak terhibur.........thank u


Siap bakar..makan la plak..Ain dah tak sabar nak ngap ayam tu..Hahaha..Yum2


Geng2 lelakis la plak. Jom makan!!!

*************************************************************************************
Setelah mentangkedarah ayam2 n sosej2, kami ke pantai bersama. Ahhh..nyamannya ditiup angin sepoi2 bahasa..Lega!!!!Bukan itu saja.Ada permainan yang kami main kat sana..Entah nama apa nama permainan tu (Chak Clicak2 Cak2)..Lobey kureng la..pastu main teka teki n "Goreng Pisang" (ye ke?)
GLORY BEACH RESORT PORT DICKSON
*************************************************************************************


Pasir pantai yang gebu..Siap duduk lagi tu


Tak sabar nak main Chak Clicak2 Cak2..Faris jadi ketua..Aku tak paham main ni.Hahaha


Yang kat tengah ni yang kalah ok!!Aiks aku pon ada sekali ek?Hahaha.KOrang patut di denda

P/S:Gambar di dalam hotel adalah sensored..Harap maaf!!
Gambar kat swimming pool pon disensoredkan!!!
*************************************************************************************
Setelah sehari berada di sana, kami meneruskan perjalanan ke Melaka. Kroll yang jd pemandu pelancong coz die kan orang Melaka.. Walaupun tetap sesat di tengah jalan..aku bangga denganmu Kroll
*************************************************************************************


Kemas barang n ready tuk bertolak ke Melaka..Cepat isi barang masuk bonet!!!


Singgah makan roti canai di tepi jalan..Breakfast dah!!!


Sesat!!!!!Mana JKN?Apa la Kroll.Hahaha

*************************************************************************************
Setibanya di Melaka,destinasi pertama adalah..Jeng2
ZOO MELAKA
Tempat tinggal kawan2 Kroll.Hahaha (jgn marah ek!)
*************************************************************************************


Selamat datang ye adik2 semua ke Zoo Melaka


Menyaksikan pertunjukan haiwan


Marina dengan aksi magicnya..Amat mencuit hati


Ni manusia yg agak berani..Pegang ular tu..Aku dah lari dah..Geli geleman!!


Ke puncak penuh keagungan...ke lembah penuh kemuliaan


1st time aku bagi kawan Kroll makan (tinggi macam Kroll la)


Ditemani Harimau Kumbang yang pemalas (asyik tdo je)..Nampak tak?


Korang bertenggek atas apa tu?


Camera man mana?Lenguh kami posing!!

Tengok yang baju hijau tu..Macho tak bergambar ngn gajah?Hahaha


Nak salam bang!! Kata gajah itu kepada Kroll.Kih3


Sebelum pulang ke sarang..Gambar terakhir kat Zoo Melaka..Sampai camtu sekali si Wan

*************************************************************************************
Malam yang indah diterangi bulan mengambang, kami ke Melaka River Cruise. Naik boat menyelusuri sungai Melaka. Tetiba aku salute ngn Melaka..Wow..sungainya amat cantik ditemani lampu2 berkerlipan..Amat menyeronokkan
MELAKA RIVER CRUISE
*************************************************************************************


Kesian Shila, tak sempat masuk gambar.Hahaha


Peace to Ezalia (sitting opposite site)


Semua muka happy!!

Lepas naik boat kami tengok Midnight movie bersama2.Tengok citer Marley & Me..Bukan aku yang tengok citer,tapi citer yang tengok aku..Al maklumla..letih tahap dewa..ZZZzzZZzz
Habis cerita je..kami pon pulang ke sarang!!!

*************************************************************************************
Destinasi seterusnya ialah HERITAGE iaitu tempat jual cendramata n hati..Banyak barang..Rambang mata di buatnya.Semua tergedik2 kat sana..Tak percaya..Nah tengok la gambar di bawah ni!!!
HERITAGE
*************************************************************************************



Mereke2 dengan bunga rafflesianya


Ema dengan topi ajaibnya


Kroll n Toha dengan pedang samurainya


Syawal n Peep dengan kipas2 ala Baba Nyonya nya!!



Kesian SIM JUN MIN. Di buli oleh 2 makhluk itu

Align Center
Macam2 la budak2 ni.Hahahaha

Sebenarnya telah berlaku satu event yg amat menyayat hati kat sini..Tak mau cerita la..Sedih,terharu,terpesona n terkesima dengan suprise yang budak2 ni bagi kat Aku,Ema n Bai

*************************************************************************************
Kaki terus melangkah berjalan. Akhirnya tiba ke destinasi yg kutunggu2 selama ini iaitu..Apakah dia? Jeng2..
KOTA A FAMOSA
*************************************************************************************
**Penat nak cerita den..Korang tengok je la gambar2 di bawah ni**



















*************************************************************************************
Di darat sudah, di air pon sudah..now nak naik ke langit pulak..Jom naik Menara Taming Sari melihat kecantikan bandaraya Bersejarah Melaka!!!
MENARA TAMING SARI
*************************************************************************************


Sabar menunggu giliran


Di dalam Menara Taming Sari. Agak sempit tapi sempat berposing siot

Wajah2 cool..tak da perasaan gayat pon (sebab manara tu tak gerak lagi la)


Tak gayat ke? Bai tersengih2

*************************************************************************************
Muzium Samudera menanti kehadiran kami di Melaka. Agak berbaloi dengan tiket hanya RM3 sahaja..memang puas hati coz dapat ambik gambar (paling penting)..Hahaha..Dapat ilmu sekali
MUZIUM SAMUDERA
*************************************************************************************

Di cabin kapal..Kimi hati2..terjatuh baru padan muka.Hahaha

Cuba kira ada berapa orang semuanya?


Ni la Muzium Samudera (berbentuk kapal)


Toha pakai spek hitam (macho tu)..Nampak ke Toha?


Dalam Muzium Samudera (duduk bersimpuh semua)



******Agak kepenatan berjalan..Jom rehat kejap******



*************************************************************************************
Destinasi terakhir sebelum pulang ke JB iaitu Jonker Street.Suasana tak semeriah pada waktu malam..Tapi kami tetap enjoy..Barang2 agak murah..Jenuh memilih barang yg ada..Ikutkan hati nak je semua..Tapi bajet tak cukup beb!!
JONKER STREET
*************************************************************************************


Wan and Kroll (anak jati Melaka)


Shopping2 di Jonker Street sambil2 mencuci mata


Pilih2 makcik pakcik..Murah2


Di depan Bangunan Stadhuys

Pesanan Putera
Aku sangat happy
Aku sangat happy
Aku sangat happy
Aku sangat happy

Lain kali kita p tempat lain lak ek Kroll
Thank u Semua
 

BILA ARJUNA BERBICARA © 2008. Design By: SkinCorner