





Kita sayang NABI tak? Kita respect NABI tak?
Kita tau tak?
Sahabat nabi sayang NABI lebih dari diorang sayang diri diorang sendiri
Kita tau tak?
Kita usahkan nak sayang, nak dengar kisah nabi pon mengantuk. Kisah micheal Jackson suka plak!. Sirah Britney Spears, Rihanna, Justin Tasikbalak (Timberlake) semua hafal, follow n tiru sebijik.
Cuba kita fikir sekejap!
Kat sana nanti siapa yang boleh tolong kita kena siksa yang amat pedih?
Artis Hollywood ke?
Ke NABI kita Muhammad Rasulullah S.A.W?
Kita pikir la sendiri!
P/S:
Perkataan KITA digunakan berbanding KORANG kerana ini adalah renungan KITA bersama.
Credit for www.ujang.com.my
Post ini sempena peristiwa Isra' Mikraj
Telefon, telefon berbunyi…
Telefon, kami datang.
Telefon, telefon berbunyi…
Ada haiwan dalam bahaya!!
Ada haiwan dalam bahaya!!
Ada haiwan dalam bahaya, di sana…
Apa yang penting ?
Kerja sama..
Apa yang penting ?
Kerja sama..
Wonder Pets Wonder Pets…
Kami datang..
Membantu (anak haiwan) yang kesusahan..
Kami tak besar..
Dan kami tak kuat..
Bila bekerjasama semua jadi mudah..
Cerita Kartun yang sangat besh. Sehingga menjilat jari!
Gua punya rating:8/10
Adakah aku kebudak budakan?
****HahahahahahaKahkakahlalaa****


Suatu petang yang damai, budak A yang agak lemah dalam pelajaran menghantar SMS kepada budak B yang agak terer dalam pelajaran.
Budak A:
Bro, jom study sama malam ni? Tolong ajar aku macam mana nak jawab soalan past year Genetic. Aku tak tahu la nak jawab soalan tu.
Budak B:
Eeee… tak nak la aku study ngan ko. Ko tak menyumbang apa-apa pun kat aku. Asyik aku je ajar ko. Tapi ko tak pernah ajar aku apa-apa..mana aci!
Budak A:
Hmmm... tak pe la kalau begitu (sambil terkelu!)
Patut atau tidak?
Perlukah mengungkit akan ilmu yang diajar kepada seseorang?
Apakah perasaan anda apabila kejadian ini terjadi kepada anda dan apakah yang anda akan lakukan?
Sekian terima Kasih
Aku masih ingat!
Aku masih ingat. Kejadian itu amat pedih bagiku. Mungkin antara pengalaman pahit bagiku. Bila diingatkan kembali, aku tidak mahu ianya berulang lagi.Waktu itu, aku darjah satu. Ya memang betul. Darjah Satu. Masih belum matang. Masih keanak anakan. Masih main kejar mengejar pada waktu petang. Masih main sembunyi sembunyi. Main polis entry la. Budak budak katakan.
Hahaha..Lucu!
Aku masih ingat. Depan rumahku waktu itu ada sebuah bangsal. Ada bangku besar.Ala tempat lepak2 waktu petang bersama keluarga.
Nak dijadikan cerita…
Pada satu petang. Ramai budak2 berkumpul di rumahku untuk bermain. Biasa la kan,kawasan rumah ku luas, sesuai untuk segala jenis permainan. Boleh berlari2 macam satu track lumba. Rumah kampong katakana. Budak2 ni pon kawan2 aku jugak. Kami sebaya. Waktu itu, mak dan ayahku ke bendang.Tanam tembakau.Yang tinggal hanya lah kakak ku dan teman2 sebaya ku.
Kami bermain dengan riangnya. Main permainan bodoh tapi best. Kami naik atas bangku. Main tolak menolak. Sapa paling lambat jatuh die menang (bodoh kan?) Aku cuba sedaya upaya untuk bertahan agar tidak jatuh. Tiba2 je ada sorang budak (lebih tua dari aku + agak besar badannya) menolak aku dari atas bangku dengan kuat. Apa lagi….
Gedebuk!.....
Aku jatuh. Aduh sakitnya. Tangan ku patah. Dan tanganku (bahagian sendi siku) terseliuh. Sakitnya. Tuhan saja yang tahu. Namun aku sedikit pon tidak nangis waktu itu. Aku hanya terkejut melihat tulang tangan ku yang patah itu tersembul keluar. Darah mengalir tanpa henti. Pucat juga muka ku. Teman teman sudah mengelilingiku. Kakak ku berlari ke rumah pak saudara ku untuk mintak tolong. Belakang rumah je.
Budak yang menolakku terus lari menghilangkan diri. Mungkin die pon terkejut. Aku tahu die pon bukan sengaja.
Jiran di depan rumah ke bendang untuk memberitahu mak dan ayahku. Mereka terus pulang. Apa lagi mak aku la yang menangis. Sempat lagi sebiji pelempang singgah ke tubuh ku. Biasa la.Die sayang aku. Nasi tambah la tu. Katanya upah kebuasan aku!
Tapi yang peliknya aku bukan dibawa ke hospital. Tapi aku dibawa ke rumah bomoh. Bomoh patah katannya. Mak aku gunting je baju aku yang penuh darah dan ganti dengan baju lain sebelum ke rumah bomoh. Terpaksa. Nasib baik dapat diselamatkan. Hehehe.Terpaksa tanganku beranduh. Seksanya!
Malamnya….
Ramai yanag datang melawat (macam orang sakit tenat je). Budak tu dengan maknya pun datang. Menagis - nangis mak die minta maaf. Alhamdulillah. Keluarga kami bukan pendendam. Maaf diterima.Hehehe..
Selepas itu lama jugak la aku tangan ku beranduh.Pergi sekolah pun beranduh. Nak buat segala hape pun susah. Tak mahu ianya terjadi lagi. Amat siksa!
P/S: Perkongsian pengalaman ini atas permintaan saudara Zahari
P/S: Jangan nakal2 waktu kecil, ingat pesan mak bapak
Sekian Terima Kasih




Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi
Tanpa..
Cintamu aku resah
Tanpa..
Kasihmu aku hampa
tanpa..
Dirimu aku nanti
Hooo…
Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Aku tak mengerti
Takut
Takut jauh cari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
Hooo…
Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti