Friday, February 20, 2009

Kenapa TAG aku??

Ni TAG special dari Khairl Anuar. Dia budak prodigy coursemate aku:-
  1. Postkan satu gambar kenderaan yang anda sudah pandu
  2. Nyatakan berapa laju anda pernah bawak dengan kenderaan tersebut
  3. Nyatakan sebab anda memandu selaju itu
  4. Nyatakan sama ada anda pernah di saman atau tidak
  5. Tag lagi kawan-kawan lain.




Dari kiri : Arjuna dan KROLL

Paling Laju = 0 - 0 km/j la..Hahahaha..Aku naik kete kebal yang tak bergerak.Best giler..1st time tu..Hahaha..Aku tak tipu ok.
Sebab = Kete kebal tu just untuk pameran sahaja..Aku naik dekat pertunjukan payung terjun. Time tu abang ipar aku terjun..Dasyat siot...Wakakaka!!
Saman = Saman??Nanti aku PK...Setakat ni tak pernah lagi kot (lupa la Kroll)


Aku tak nak TAG sape2!!..Hahaha


Pesanan Putera
Jom pergi berperang menentang Israel

Friday, February 13, 2009

Bagai Nak Tercabut Lengan Aku

Semalam aku p main bowling ngan kawan aku..
Kuar ngn kawan lama (ex schoolmate)
Sampai sakit lengan aku baling menatang tu..
Adoi..(lenguh2)
Maklum la sekali sekala p main..lama bebenar dah tak main boling
Mula2 start hampeh siot..
Asyik masuk longkang je..kah3
Orang sebelah dah jeling2 dah
Mesti dalam hati die cakap aku tak pandai main(hahaa..memang tak pandai pon)
Lepas tu aku mula mengorak langkah..(koya molek)
Nasib baik bukan aku yang last (aku dapat no 2 OK)
Kalau tak malu je..Hahaha..
Anyway..aku hepi..release tension..
Asyik discuss Control je..Sakit hotak2 aku..

Pesanan Putera
Kepala aku pusing!!!

Monday, February 9, 2009

Pokok Berbuahkan Perempuan - Percaya Atau Tidak?

Aku pasti korang pon ada dapat mesej ini. Terdetik di hati ini nak sebarkannya..Ntah lah..nak percaya atau tidak?Terpulang la...Mungkin ianya adalah kebesaran ALLAH yang tiada tandingannya..

Secara ringkasnya:

This is amazing tree named 'Nareepol' in Thai. Naree means 'girl/woman' and pol means plant/tree or 'buah' in Malay. It means women tree. It is amazing what God create the World in many forms that amused human beings..... You can see the real tree at Petchaboon province about almost 500 kms away from Bangkok



Rupa buah itu seakan patung di dalam kuil BUddha



Pesanan Putera
Takbir!Allahhu Akbar!!

Sunday, February 8, 2009

Selamat Tinggal Sayangku

Selamat tinggal sayangku wahai Intan Baiduri. Kita bertemu sememangnya pasti. Waalupun engkau sudah terpateri ikatan janji. Aku kan terus menanti walau bersendiri

Tinggallah kasih Intan Baiduri
Aku kan pergi tak kan kembali lagi
Hati luka ku rawat sendiri
Bertahun bercinta ditempuh hilang sehari

Tak guna lagi aku menanti
Mengharap kasih pada yang tak sudi
Oh biar ku pergi ku tanggung sendiri
Tempat bermanja sudah tiada lagi

Apakah erti sumpah dan janji
Andainya merah inai di jari
Bertahun lama aku menanti
Patah tak tumbuh dek hilang tak berganti

Ke mana langkah nak ku tujui
Dalam mencari damai di hati
Biarlah aku menyusur pergi
Anggaplah aku sudah tiada lagi

Pada siapa kukirim diri
Gelap gelita dunia kurasai
Cinta yang lama masih di hati
Tetap bersemi sampai ke akhir nanti

Ku sangka panas sepanjang hari
Rupanya hujan menitis lagi
Inikah balasan patut kau beri
Padaku insan yang pernah kau sayangi

By:Putera Arjuna


Pesanan Putera
Hayati dengan penuh perasaan..Nescaya anda akan lena dibuai bait2 yang begitu puitis

Saturday, February 7, 2009

Open Book Test ! Anda Suka?

Tajuk ini merupakan satu persoalan. Semester ini aku hanya ada satu subjek je yang open book test -Engineering Economy-
Jom imbau kembali sejarah open book test yang pernah SKB alami:
  1. Thermodynamics
  2. Mass Balances
  3. Energy Balances
  4. Chemical Engineering Thermodynamics
  5. Chemical Reaction Engineering
  6. Separation Process
  7. Engineering Economy
  8. Transport Process (open notes)

Tu je kot yang kita pernah alami. Kalau ada tertinggal korang tolong liskan ok!Apa perasaan anda bila lecturer bagitau yang subjek ni adalah open book test?Hurey!! atau Eeee..tak suka la aku!!
Setakat ni, aku rasa FKKKSA adalah fakulti yang paling banyak buat open book test. Apa rationalnya?
Pikir2 kan la!!!

Pesanan Putera
Open book test amat menyusahkan!!Hahaha
 

BILA ARJUNA BERBICARA © 2008. Design By: SkinCorner