Saturday, January 17, 2009

10 Ayat Reject Popular

Baru-baru ni putera ada terbaca satu artikel dari sebuah majalah.Hmm...agak menarik gak la.Bila di pikirkan balik,memang betol la artikel tu..Ntah2 korang sume pun penah terkena..Hahaha..just joking.Jom kita selongkar sama2 pasal artikel ni.Pasal ayat reject yang selalu diucap oleh pasangan kekasih bila nak putuskan hubungan cinta..Jom..


Ayat yang digunakan oleh Wanita

  1. "Biarlah kita hanya kawan" [Walaupun hang bukan pakwe che', tapi che' masih perlukan hang untuk backup dalam kesusahan.]
  2. "Saya lebih rela hidup sendirian" [Che' tak perlukan pakwe macam hang!]
  3. "Saya mahu memberikan tumpuan pada karier" [Daripada che' hidup bosan dengan hang baik che buat benda-benda berpekdah]
  4. "Bukan salah awak, tapi saya" [Sebenaqnya memang hang yang salah, sepatutnyalah hang sedaq dah.]
  5. "Saya tak keluar date dengan rakan sekerja" [Jawatan hang tak setaraf dengan che'!]
  6. "Saya sudah ada teman lelaki" [Yo're totaly not my taste!]
  7. "Hidup saya complicated sekarang" [Che' tak mau buang masa dengan hang.]
  8. "Cara kita berbeza!" [Hang tak setaraf dengan che']
  9. "Umur kita banyak bezanya" [Bile tengok kat hang, che' teringat kat adik/anak che']
  10. "Saya cuma anggap awak seperti abang saya" [Che' memang tak mau ngan hang!]

Ha...tu belah pompuan punya cerita, kat bawah ni pulak cite belah lelaki pulak. Jom kite kaji


Ayat yang digunakan oleh lelaki


  1. "Biarlah kita hanya kawan" [Ko tu tak padan langsung ngan aku.]
  2. "Saya mahu hidup bersendirian" [Aku memang tak inginkan kau dalam hidup aku.]
  3. "Saya mahu memberikan tumpuan pada karier" [Ko tu memang sangat membosankan.]
  4. "Bukan salah awak, tapi saya" [Sebenarnya memang salah kau, tapi sebabkan aku taknak kau kecik ati, so aku cakaplah aku yang salah.]
  5. "Saya tak keluar dengan rakan sekerja" [Jangan harapa lah, aku memang tak suka kat ko.]
  6. "Saya sudah ada teman wanita" [Aku nak cari girlfren yang lagi hebat dari ko.]
  7. "Hidup saya complicated sekarang" [Tolonglah jangan serabutkan hidup aku.]
  8. "Cara kita berbeza" [Ko ngan aku berbeza sangat-sangat. Macam langit ngan bumi!]
  9. "Umur kita banyak bezanya" [Ko tu dah macam kakak/mak aku. Ish tak koser la aku nak kuar ngan orang tua macam ko.]
  10. "Saya cuma anggap awak seperti adik saya" [Lupakan je lah.. aku memang taknak kat ko.]

Pesanan Putera:
Sanggupkah anda mengungkapkan kata-kata sebegini semata-mata mahu menolak cinta si dia?Atau adakah anda sanggup menahan telinga & sebal di dada mendengar ucapan sebegini dari si dia?Sedangkan hati anda meronta-ronta mahukan si dia.Tapi si dia ada saja alasan.Aduh...tepuk dada tanyalah selera..pikir-pikirkanlah (^_^)

0 Panahan Arjuna:

Post a Comment

Panah la aku dengan kata-kata mu yang berbisa!!

 

BILA ARJUNA BERBICARA © 2008. Design By: SkinCorner