Saturday, January 31, 2009

Jangan Tinggalkan Aku!!

Diam tak diam cuti dah nak habis..Argh..Ni yang tak best ni..Xleh la aku nak enjoy ni. Tak leh aku nak layan citer korea.Tak leh aku nak bangun lambat.Tak leh aku nak lepak2. Adoi2..
Apa yang aku buat time cuti Mid Sem selama seminggu ni. Jom singkap:
  1. Layan citer korea ( Hong Gil Dong ) - best giler citer ni.. A few episodes more to go. Baxia!!
  2. P melalak ( karaoke da ) kat Giant - 3 kali ( korang rasa buang duit tak? ) Apa nak jadi ni. Ntah la...aku rasa release kalau melalak..Semula jadi kot
  3. Shopping kat JJ - Confirm banyak kali ( walaupun window shopping )..Hahaha. Aku sempat beli limau mandarin sampai 2 kotak..Al maklum la aku kan sambut Chinese New Year gak..Kah3
  4. Update aku punya blog..Huhu..penat doh!! Nasib baik Wifi UTM ok time cuti. Mungkin sebab sume orang blah kot.. Apa lagi aku ambik peluang la.Hik3..Kalau tak macam kekura je nak update. penat update 2 blog kesayangan aku ni - Putera Arjuna:Jom Download Lagu and Bila Arjuna Berbicara Rerajinkan diri je.Tak dapat apa pon sebenarnya berblogging ni..Tapi dapat kepuasan.Enjoy!!
  5. Sempat jugak la aku p library (psz kesayangan) Bukan p belajar!! (jgn slah anggap ok)..P pinjam buku je..Buku Economy Engineering..Adoi..mati aku..Exam dah dekat ( 5 hb Feb kan?)
  6. Aku rasa aku x pegang pon pen time cuti ni. Memang cuti secutinya la..Siot ko Deen!!

Tetiba je aku rasa malas nak p kuliah hari Isnin ni..

Pesanan Putera
Jangan Tinggal Daku. Aku sayang kamu!!

Wednesday, January 28, 2009

TAGGED dari KROLL

Adoi...penat ni nak jawab tagged yang KROLL beri kat aku..Dah la banayk die tagged!!16 siot..letik pikir ni..Akhirnya siap jugak.Hahaha..Jom singkap

16 perkara tentang aku yg mungkin korang tau atau tak tau atau buat2 tak tau!! ( Banyaknyer KROLL)

1) Aku anak ke 6 dari 7 adik beradik (korang tahu ke?).Aku ada lima orang kakak. Tak pernah merasa nikmatnya mempunyai seorang abang. Nasib baik la aku ada ramai abang ipar. Boleh la nak bermanja2. Hahaha!

2) Aku ada ramai anak buah. Dah 13 orang sumenya!!Huhu..ramai kan? Paling tue pon dah 17 tahun (pompuan ni)..Kalau time balik raya penuh rumah aku..Time tu la berebut tempat tdo.



Anak buah aku:Mustaqim



Anak buah paling muda - comel kn?


3) Aku suka benda yang wangi. Tak sah kalau tak sembur perfume kalau lepas mandi. Sampai nak tdo malam pon aku sembur. Huhuhu. Sebotol kejap je guna. Aku ni tak mementingkan brand perfume. Bukan macam KROLL .Aku just gilakan barangan DASHING je.




My Dashing


4) Aku mudah dengki dalam pelajaran. Se

benarnya ia jadi pendorong untuk aku berusaha lagi gigih. Jaga2 korang sume!!


5) Aku tak suka tido dalam kelas. Tak di ajar tdo kot. Hahah!!


6)Aku tak leh study kalau bising. Tak leh nak concentrate. Aku tak leh dengar lagu kalau membaca. Nanti aku akan menyanyi bukan membaca.


7) Aku mabuk dengan cite2 korea dan jepun. Pantang ada masa luang sikit. Mulalah aku layan. Aku juga mengumpul cite2 korea dan jepun. Kalu korang nak pinjam boleh je. Aku charge 1 hari Rm1 je. Kira murah la tu. Tapi Bye, Abbas, Muzam, Syafique pon selalu je pinjam for free je!!Haha..


8) Aku sebenarnya tak suka buat keje rumah. Aku paling malas nak basuh baju,lipat baju,basuh pinggan dll. Kalu kat rumah nasib baik ada kakak tercinta. Die yang buat sume..heheheheTime kasih kak.


9) Aku ni seorang yang punctual. Btol ke?Hahaha…Aku akan cuba tepati masa melainkan ada sebab2 yang tak dapat dielakkan


10) Aku paling suka baca MASKULIN. Banyak info siot! Abbas pun selalu pinjam ngn aku. Pinjam dan tak pulang2 kan. Die dakap tido kot!!hahaha


Magazine favorite!!


11) 5 perkara aku akan buat sebelum aku kuar bilik: Check zip seluar (penting! n bahaya kalau tak tutup!!), sembur perfume, Check kunci bilik, bawa wallet (penting coz I/C) dan check handphone.


12) Aku suka menjelajah bilik kawan aku. Itu satu hobi aku. Nasib baik aku tak duduk kat KTGB. Huh..Kalau tak habis sume bilik bdk2 SKB aku jelajah.

13) Aku suka melalak (karaoke la). Tu pon kalau ada geng la. Hahaha. Sekali kena sound ngan orang sebelah.Hah!!Padan muka...So saper2 yang nak cabar vocal aku boleh la.Hahaha.


14) Aku seorang yang pengemas!!(ye ke?) Tak suka kotor2

dan berselerak / bersepah2 ni (bukan macam KROLL). Aku masuk bilik die ari tu.Terkejut!!Macam stoR!!hahaha.Jangan marah yer. Tak percaya?


15) Mak aku cakap aku ni PONGOH!! (Tau tak apa maksudnya? Tanya budak Kelantan lain la!).Ye ke? Aku sendiri tak percaya.Hahaha..Kadang2 je kot.


16) Aku suka bau2 yang pelik. Bau rokok pon aku suka walaupun aku sendiri tak merokok.hahaha..Pelik kan? Bau petrol, exzos lori pon aku on je.Aku tak tipu..Itu adalah hakikat!!


Pesanan Putera
Sesungguhnya apa yang ku katakan ini adalah ikhlas dari hati.Aku tagged DAYANA, MUZAM & KIMO

Tuesday, January 27, 2009

MASAM MANIS BERSAMA AMMARIANZ

Kenangan abadi menggamit memori. Sememangnya kenangan manis sukar dicari ganti. Aku ingin mengimbau kenangan bersama ex classmates ku yang tercinta. Kini masing2 membawa diri berjuang di alam akademik. Gud luck sume ok!! Fighting2!!Baxia!!Chiayok!!Gambate2!!




Syok tak tertahan dapat naik atas dugung ni!!



Huh...akhirnya seekor dugung tercipta.Lega...puas hati



Ala2 main bola tampar pantai gitu..Kih3..Bajet je tu



Ammarianz is the best. I luv u



Saat indah ditiup bayu bersama2



No comment!!



Bergambar dengan Pn Hasnah ( cikgu Kimia aku)



Ammarianz dan bas tercinta (Hahahaha)



Sambil makan sambil bergambar



Pertandingan menanam dugung.Chayok2..



Sabar menunggu bus. Tersenyum!!



Memerhati keindahan malam ciptaan ILAHI

Pesanan Putera
Kenang daku dalam doamu @>-- (rose for u all)

Tanggungjawab Kita Semua

JOM BOIKOT BARANGAN DI BAWAH
Keperihatinan Anda Amat Di Hargai



Pesanan Putera
Khas buat Kimi: Jgn makan McD lagi!!

LELAKI VS WANITA?

Aku baru je habis baca MASKULIN edisi Febuari 2009. Hmmm..ok la gak info kali ini. Tapi aku tertarik pada satu artikel ni yang membincangkan pasal Lelaki Vs Wanita. Apa pendapat korang? Betol ke tak ek? Jom singkap!!!



Pesanan Putera
Amacam? setuju ngak sik?Hahah
Petikan: MASKULIN Edisi Feb 2009

Sunday, January 25, 2009

Kiamat Sudah Dekat

Perasaan takut tiba2 menerpa ke arahku tatkala ku membaca sms yg di fowardkan oleh temanku. Aku yakin korang pon pernah dapat sms yang sama. Aku sertakan sms ini buat peringatan diri sendiri dan teman2 semua (^_^)
Sms ni berbunyi:

"Salam,kepada semua yang bergelar muslim, hari ini pakar meteorology bahagian bunyi dari Russia mendapati sesuatu bunyi ganjil seperti ngauman raksasa dari bawah mantel bumi. Menurut para ulama kemungkinan besar itu ialah suara dajal yang berusaha utk naik ke muka bumi. Oleh itu, kita diseru sentiasa tidak berhenti azan & solat"

Setelah itu, aku terus berfikir: "Sudah cukupkah amalan aku di dunia ini?" Di harapkan sms ini menjadi pedoman agar kita meningkatkan lagi amalan kita kepadaNya

Pesanan Putera
Sesungguhnya itu adalah tanda2 kiamat. Tenyata kiamat sudah dekat tatkala dunia ini sudah bongkok tiga.

Friday, January 23, 2009

GONG XI FA CHAI and HAPPY HOLIDAY

TONG TONG CHANG!! Chinese Newe Year Datang lagi..Wow best siot, cuti mid sem + cuti Chinese New Year..Holiday sakan la nampaknya!! Huhuhu..So enjoy to the fullest oK (^_^)


Kepada sume kengkawan chinese ku, I wish u all Happy Chinese New Year...GONG XI FA CAI

HAPPY CHINESE NEW YEAR & GONG XI FA CHAI


Budak2 Melayu tu sabar ek..Raya kita dah lepas. Pe2 pon kita tetap leh sambut gak Chinese new year.. Kita kan satu rumpun satu bangsa..nanti datang la rumah terbuka Chinese new Year aku ek..Korang sume di alu alukan..Hehehehe..@>--( rose for u all)

AKU NAK ANGPOW !!

Lupa plak aku nak wish

HAPPY MID SEM HOLIDAY TOO

Pesanan Putera
Cuti2 jugak, tapi kena blaja la jugak.lepas cuti test melambak lambak..Jangan cari nahas

Thursday, January 22, 2009

Kisah Malam Pertama!

Seorang lelaki bernama Amat yang baru saja menjalani malam pertama bersama isteri barunya, menceritakan tentang kemusykilannya kepada seorang sahabatnya, Mohd. Jamil.

"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Amat. "Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."

"Maksud kau? Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Mohd. Jamil ingin tahu.

"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan?."

"Ha'ah. Tapi bukan ke kau kata dah insaf dah, nak taubat selepas berkahwin?"

"Memang la. Tapi aku tersilap buat something semalam."

"Ye ke? Apa yang kau dah buat?"

"Kau tau, masa malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, dalam keadaan mamai, tanpa sengaja aku memberikan wang RM100 pada isteri aku."

"Wah, gila kau??!" Mohd. Jamil terperanjat.

"Bukan aku sengaja! Dah benda nak terjadi, nak buat macamana.." jawab Amat dengan muka mencuka.

"Habis, bagaimana? Isteri kau marah ke?"

"Itulah masalahnya," Amat menjawab. "Dalan keadaan separuh sedar dia menjawab, 'Terima Kasih Bang, datang lagi ya'...!"

Pesanan Putera
Hahaha..Apa nak jadi? Sampai sekarang tak kawin lg

Teddy Bear Untuk Himdayah

Himdayah oo Himdayah!!
Ni buat Himdayah..Die ada mintak teddy bear ngan aku ari 2..Ni aku ada belikan utk die. Ada dua ekor ni..Buat la pilihan, Kalau nak semua pon boleh.. Macam2 ada.putih ada, coklat pon ada. hehehehe..Kalu korang nak beli la sendiri..Hahaha.


Pesanan Putera
Kek Blueberry cancelled ek Ida..Aku dah belanja ko bli bear

Kenangan Terindah?

Tumpang lalu!!22 January, Khamis, 3.47 pm
Nak tanya sikit boleh tak?Korang ingat lagi tak ngan buku2 ni? hahaha.Apa? Fobia ek tengok buku ni?Nape kengkawan sume?. Kih3..Harap2 buku2 ni akan korang jadikan kenangan yang teindah ek!! Ingat tu..rujukan pada masa akan datang. Ooops..lupa la plak..Kan buku ni akan guna lagi kan utk subjek Process Control.Huhuhu..Satu lg.jgn lupa ye lecturers yg ajar kita subjek2 ni..@>--(rose for my beloved course mates)

Ingat Dr Lee, ingatlah CRE


One more time:Ingat Dr Lee ingatlah Transport..Tapi jangan lupa lak Dr Ani ek (separation) !! Jgn lah korang fobia dengan term2 distillation, extraction, leaching,humidification, absorption dan banyak lg. Ianya membawa makna penuh mendalam bila kita semua dah jd engineer nanti.Insya ALLAH (amin)..Ahakz..hahahah..

Pesanan Putera
Make the last failure as a step towards success

FKKKSA - Kau Yang Kusayang (^_^)

Ish3..memang tak patut aku ni..Lupa la plak nak kenalkan fakulti kesayangan aku ni. Fakulti Kejuruteraan Kimia & Kejuruteraan sumber Asli (FKKKSA) - Huh..panjang gak namanye. Aku dari Jabatan Kejuruteraan Bioprocess. Ada5 jabatan semuanya:

1) Jabatan Kejuruteraan Kimia (pure) :SKK
2) Jabatan Kejuruteraan Gas :SKG
3)
Jabatan Kejuruteraan Polimer :SKR
4) Jabatan Kejuruteraan Petroleum :SKP
5) Jabatan Kejuruteraan Bioprocess :SKB

Ni la gambar fakulti kesayangan aku - Comel tak?

Pesanan Putera
Sayangilah fakulti anda!! Gedung ilmu kita @>>--

My Beloved Coursemates ( SKB) - PART 2

Jeng Jeng Jeng!! 22 January, Khamis,12.45 am
Hai sume. Aku baru je habis discuss Process Control..Esok kan Dr Roslina nak Check!!Tetiba je aku rasa nak sambung balik cerita pasl coursemates kesayanganku. Nak tau tak? Ok jom. Kali ni kita start dengan boy la plak ek..Hehehe..jangan jeles la girlz..(*_*)

Abang hensem ni namanya Ezuan. President class aku.. Huh..macho tak? Ada org cakap muka die macam Datuk K. Korang setuju tak? Kalau tak setuju pon korang buat2 setuju la. Die ni sangat berkaliber tau..memang layak jd president. Thankz Wan atas segalanya!!

Amacam? Cun tak awek dua org ni..Ilek bro...Hehehe. Ni dua orang Sri Kandi kelas aku..Yang pakai spectacle tu namanya Ema. Yang tersengih tu plak namanya Baishatul..Si Baishatul ni kaki gelak orgnya. 24 jam ketawa je keje die..Letih aku dibuatnya.Langsung tak nampak stress muka die..Hebat siot.Petua apa die guna ek!!Ema plak ada gaya seorang cikgu.Hehehe..Btol!!Aku tak tipu. Kalu die ajar korang pasal pelajaran kconfirm korang akan faham..Thankz Ema. Ko banyak ajar aku! Peace (^_^)

Senyuman menggoda yang boleh menggugat iman! Hahaha..Ni la saudari Isha..orang paling ellegant dalam kelas aku..Hari2 pakai die pakai cantik..Macam Mak datin..Ntah2 mak datin pon kalah..Hehehe...(Isha jgn marah ek)..Apa yang penting vouge..Ok pe! Daripada selekeh tu.Huhuhu.Yang penting die org kampong aku..@>>-- (rose)

Peace!! Gadis bertudung biru n i Syafikah (Ika). Ditemani pula oleh Atikah. Ika ni orgnya sangat rajin. Rajin buat assignments, tak pernah ponteng class (attendance confirm full). Memang sume benda die rajin la kalau pasal akdemik ni..Atikah plak agak pendiam orgnya. Tapi jangan pandang sebelah mata k. Diam2 ubi berisi ok. Ok la...gud luck utk korang berdua!

Pesanan Putera
Tak habis lagi ni ok..Esok kelas kul 9 am.Nak tido dah ni..Ngantuk..Esok sambung lg ek.Hehehe..ZzZzZzzZZzzz...

Wednesday, January 21, 2009

My Beloved Coursemates ( SKB) - PART 1

Gedebuk!!!21 January, Rabu, 3.42 petang
Hari ni putera nak perkenalkan korang ngan course mate putera yang giler2 perangai diorng (caya le beb!)Hehehee...Boyz & girlz la.Diorang ni sume nya hepi2 go lucky. Best r kawan ngn korang sume..Luv you all

Nama budak ni panjang sangat.Stashia Eleaness Roslan Abel Lee (panjang kan-p).Tapi aku panggil die Eleaness je..Tengok la die posing tu.Apa pendapat korang?Hahaa..memang hepi perangai giler2 gak.Sakit perut tergelak bila bercakap ngn die..Ish3.

Yang bajet cute ni ialah Abbas.Hahaha (jgn marah ye).Die ni ex schoolmate aku dulu. Tak sangka plak jumpa lg die kat UTM ni.Arhg..boringnya!haha.Budak ni genius.Dalam kelas tido je keje die..tapi tyme exam melatop!!Hahaha..Betul.percaya lah!

Tiga jejaka ni namanya Syafique (dari kiri), Kimi (tengah), Kroll (dari kanan). Diorang bertiga ni budak aktif kat fakulti. Memang aktif gler r. Tambah2 lg si Kroll tu. Memang dasyat r.Si Syafique ni aku takut gak la. Die memang banyak tanya kalau time kelas (presentation). Tak terjawab nanti. Hahaha..Kimi tu diam2 ubi berisi!Si Kroll tu plak prodigy (subjek separation antara yg ngetop gak la)..Oooopss. Hehehe..Jgn marah Kroll. Aku hanya bertindak bila terancam

Mangsa yg keseterusnya ialah Himdayah & Farasheela. Gambar ni aku curi dari blog Himdayah (sorry!!!) - Click here. Yang macam teddy bear tu adalah Himdayah namanya..Hehehe..Jadi yang peluk teddy bear tu adalah Syeela. Dalam lab pon sempat ag nak beramah mesra.Hmmm..teman baik katakan..Peace!teman tapi mesra. Lupa nak gta, Himdayah ni org senegeriku. Hehehe..(^_^)

Alamak!! Sorry ek kekawan. Gambar ni gelap sikit. Ni pon aku curi dari dari blog Himdayah coz bila ku cari2 dalam pc aku, gambar korang xda. So terpaksalah mencuri. Hahaha..Dari kiri: Syamira, Kelly, Dayana and Baizura.. Aiks macam dedoktor plak korang ni. Dasyat btol. Dalam lab pon sempat lg nak berposing! Ish3..

Pesanan Putera
Penat la menaip.Hehehe. Nanti cek sambung lg ek..Banyak benda lg nak cerita ni..Sabar ek kekawan yg lain. Nanti cek cite pasal korang lak

Tuesday, January 20, 2009

Cuti Mid Sem Yang Bakal Tiba

Ting Tong!!!! 20 Jan, Selasa, 12.15 pm
Jasad ku di sini tapi jiwaku sudah melayang2 ke kampung halaman..

Sob2..sedih2.korang tau tak putera x balik cuti mid sem ni (kesiannya)
Tau xnape?
Sebabnya >> tiket bus habis (bukan)
Sebabnya >> tiket flight habis (pon bukan la)

Hahaha..sebenarnya,putera sengaje je xnak balik..nak pulun habis habisan time cuti ni..
Al maklum la..lepas cuti ni ada test melambak lambak!
(jangan jeles ek wahai course mate ku semua:Kroll, Abbas, Kimi...Hahahaha)

Bajet je tu.nak pulun konon..
Padahal kalau time cuti confirm enjoy je lebih..
Yes, boleh putera layan cite korea yg dah tergendala sudah sekian lama..
Cis ni sume PBL punya pasal la ni..
Dah nak muntah dah putera...asyik ada discussion je..(jgn marah ye pro PBL)
Hahaha...Ok la sume.Putera chow dulu..
Kejap lg ada lab Reaction
Tata Titi Tutu

Pesanan Putera
Enjoy your holiday..Jangan lupa pelajaran..Happy Chinese New Year.Kih3

Sunday, January 18, 2009

Weekend Yang Memenatkan!

Adoi...penatnya weekend ni.
Putera rasa nak tercabut semua anggota badan.
Banyak betol assignment kena buat.
Ingat boleh la rest tapi hampeh
Nak buat macam mana,ni kan dugaan seorang pelajar
Sabar je la.Bersusah susah dahulu bersenang2 kemudian

Pesanan Putera
No Pain No Gain

Ragam Sang Arjuna Pada Hujung Minggu

Selamat pagi semua..celik je mata pagi ni putera terus ada idea nak menulis.Bukan pasal apa pon.Ni kisah pelejar2 yg tinggal kat hostel je..

Haaaa..kenape ye mostly pelajar lelaki yang tinggal kat hostel ni suka bangun lewat pada hujung minggu.Huh..kalau tak pukul 12 tengah hari tak sah kalau tak bangun.hahaha (putera pon macam ada pengalaman je?Hik3)

Time tu jugak la nak berebut tandas..Apa taknya..memang sah penuh tandas time tu..Tapi tak semua la macam tu..Ada gak la yang bangun awal..Ni yang putera nampak dekat blok putera la.Tambah2 lagi bilik putera ni dekat tandas (macam penjaga tandas plak..hahaha 20 sen!)

Alah bukannya apa sebenarnya,diorang ni stay up sampai pagi katakan..Hahaha...Study? (mungkin kot).Tapi yg putera perhatikan diorang ni layan citer sampai pagi (om putih la,korean la,jepun la,macam macam ada)

Tapi ok la..al maklum la weekend..Nak jugak rehatkan otak kan..Tak kan la nak pulun je 24 jam.Huhuhu..Ni hanyalah dari pemerhatian putera je ok.Tapi kalau kaum Hawa putera tak tahu la plak macam mana?

Pesanan putera
Bangun pagi,gosok gigi,cuci muka & mandi

20 Perkara Menyebabkan WANITA benci LELAKI

Pong!!apa yang putera nak taip ni ek?mata dah ngantuk ni.cepat bagi idea korang.Ahakz..ok la artikel ni khas buat kaum Adam.Tapi tak bererti kaum Hawa tak leh baca lak..Jom kita singkap sma2 20 perkara yg meyebabkan WANITA benci LELAKI..Baca jgn tak baca!!

1. MENINGGIKAN SUARA


Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.


2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.


3. SUKA 'CUCI MATA'

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun

sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka di soal siasat oleh kekasih mereka... macammana tu?

5. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN

Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji... hahaha sedarlah!

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN

Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Pesanan Putera
Guys out there, adakah anda termasuk dalam golongan ini.Hmmm..Sesungguhnya wanita perlukan sepenuh perhatian daripada anda. So,think before you leap (^_^)
 

BILA ARJUNA BERBICARA © 2008. Design By: SkinCorner