Tuesday, April 21, 2009

Aku berasa resah.Aku menjadi malas.Aku berasa bosan!

Aku berasa resah.Aku menjadi malas.Aku berasa bosan!

Tidak sabar hendak memuntahkah segala ilmu yang Aku kutip selama 1 semester!

Aku membelek2 jadual final exam. Huh..Mengeluh!! ada 6 paper semuanya. Agak banyak sebenarnya. Mungkin semester ini paling mencabar. Semester ini lah paling hectic. Semester inilah paling menggila dan membunuh. Harap2 ianya gagal untuk mencekik pointer Aku sem ini. Paper pertama pada 26 hb April dan berakhir pada 5 hb Mei (Lambatnya boleh balik) walhal manusia lain sudah pon habis final exam ketika itu. Mereka boleh berpoya sedangkan Aku terpaksa menelaah untuk kertas akhir peperiksaan. Argh..dengkinya Aku.

Aku mungkin pulang pada 7hb Mei. 11 hb Mei.Aku seharusnya daftar latihan industri di syarikat yang Aku terima. Tapi Aku bersyukur kerna Aku boleh tinggal di rumah semasa latihan industri. Dapat menatap wajah bonda dan ayahanda Aku setiap hari. Dapat menikmati masakan bonda setiap hari. Dapat mengubat rindu yang terpalit sekian lama. Sesungguhnya Aku amat menyayangi mereka dunia dan akhirat.

P/S:Adakah Aku merapu meraban? Aku sendiri tidak pasti!maafi Aku
P/S: Doakan kejayaan ku semua.Basya!!

12 Panahan Arjuna:

Aku Yang Berbisa said...

bro!
blajar tuk exam ek?
time exam muntah..pastu lupa sume..
thats my style too
hahahah

muhdzahari said...

din, i found your "anak sepupu"s blog..

ha ha ha..

Anonymous said...

hahahaa..
gud luck 4 ur final..
:)

Jiwa Berkarat said...

To Aku Yang Berbisa:
Wah..Thats my style too..
Kita sama tp x serupa..
siapakah gerangan dirimu?
jelmakanlah di depan hamba

To Zahari:
Ye ke?
apa url die?
i wanna make a visit

To Basikal Idaman"
Thankz bro!!

muhdzahari said...

din, aku dah tak guna via.my, aku kembali gunakan blogspot.com, update link berkenaan ya.

err..arenastart.blogspot.com

Jiwa Berkarat said...

To muhdzahari:
thankz 4 da url.
aku dah berkunjung dah ke blog die..
tunggu masa nak follow n coment je..

ok bos..aku akn tukar dengan kadar segera

aizul marcello said...

aku dah link blog kau!

Jiwa Berkarat said...

To Aizul:
Thankz bro

aPiz said...

huh..
thanx drop komen kt blog aku!

Jiwa Berkarat said...

To apiz:
Sama2 bro!

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

muntah banyak2 ye!
:)

Jiwa Berkarat said...

To penjenayah merah jambu:
a'ah..tunggu nak muntah la ni...
pastu baru lega

Post a Comment

Panah la aku dengan kata-kata mu yang berbisa!!

 

BILA ARJUNA BERBICARA © 2008. Design By: SkinCorner