Thursday, April 30, 2009

Aku Masih Ingat!Kalau Boleh Tak Nak Terjadi Lagi

Aku masih ingat!

Aku masih ingat. Kejadian itu amat pedih bagiku. Mungkin antara pengalaman pahit bagiku. Bila diingatkan kembali, aku tidak mahu ianya berulang lagi.Waktu itu, aku darjah satu. Ya memang betul. Darjah Satu. Masih belum matang. Masih keanak anakan. Masih main kejar mengejar pada waktu petang. Masih main sembunyi sembunyi. Main polis entry la. Budak budak katakan.

Hahaha..Lucu!

Aku masih ingat. Depan rumahku waktu itu ada sebuah bangsal. Ada bangku besar.Ala tempat lepak2 waktu petang bersama keluarga.

Nak dijadikan cerita…

Pada satu petang. Ramai budak2 berkumpul di rumahku untuk bermain. Biasa la kan,kawasan rumah ku luas, sesuai untuk segala jenis permainan. Boleh berlari2 macam satu track lumba. Rumah kampong katakana. Budak2 ni pon kawan2 aku jugak. Kami sebaya. Waktu itu, mak dan ayahku ke bendang.Tanam tembakau.Yang tinggal hanya lah kakak ku dan teman2 sebaya ku.

Kami bermain dengan riangnya. Main permainan bodoh tapi best. Kami naik atas bangku. Main tolak menolak. Sapa paling lambat jatuh die menang (bodoh kan?) Aku cuba sedaya upaya untuk bertahan agar tidak jatuh. Tiba2 je ada sorang budak (lebih tua dari aku + agak besar badannya) menolak aku dari atas bangku dengan kuat. Apa lagi….

Gedebuk!.....

Aku jatuh. Aduh sakitnya. Tangan ku patah. Dan tanganku (bahagian sendi siku) terseliuh. Sakitnya. Tuhan saja yang tahu. Namun aku sedikit pon tidak nangis waktu itu. Aku hanya terkejut melihat tulang tangan ku yang patah itu tersembul keluar. Darah mengalir tanpa henti. Pucat juga muka ku. Teman teman sudah mengelilingiku. Kakak ku berlari ke rumah pak saudara ku untuk mintak tolong. Belakang rumah je.

Budak yang menolakku terus lari menghilangkan diri. Mungkin die pon terkejut. Aku tahu die pon bukan sengaja.

Jiran di depan rumah ke bendang untuk memberitahu mak dan ayahku. Mereka terus pulang. Apa lagi mak aku la yang menangis. Sempat lagi sebiji pelempang singgah ke tubuh ku. Biasa la.Die sayang aku. Nasi tambah la tu. Katanya upah kebuasan aku!

Tapi yang peliknya aku bukan dibawa ke hospital. Tapi aku dibawa ke rumah bomoh. Bomoh patah katannya. Mak aku gunting je baju aku yang penuh darah dan ganti dengan baju lain sebelum ke rumah bomoh. Terpaksa. Nasib baik dapat diselamatkan. Hehehe.Terpaksa tanganku beranduh. Seksanya!

Malamnya….

Ramai yanag datang melawat (macam orang sakit tenat je). Budak tu dengan maknya pun datang. Menagis - nangis mak die minta maaf. Alhamdulillah. Keluarga kami bukan pendendam. Maaf diterima.Hehehe..

Selepas itu lama jugak la aku tangan ku beranduh.Pergi sekolah pun beranduh. Nak buat segala hape pun susah. Tak mahu ianya terjadi lagi. Amat siksa!

P/S: Perkongsian pengalaman ini atas permintaan saudara Zahari

P/S: Jangan nakal2 waktu kecil, ingat pesan mak bapak

Sekian Terima Kasih

Saturday, April 25, 2009

SEKOLAHKU RUMAHKU!RUMAHKU SYURGAKU!

"TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE LIANG LAHAD"

Sedar tak sedar aku sudah berusia 21 tahun. Sungguh cepat masa berlalu. Sungguh cepat ku meniti waktu2 yang berputaran. Saja ku mengimbau latar belakang pendidikan dari kecil hingga sekarang dalam memantapkan ilmu di dada. Moga ku tak lupa diri dan terus gigih menimba ilmu sehingga ke titisan terakhir.Berjuang dan terus berjuang!

*****************************************************************************************
********(^_^) (*_*) (^_^)********


Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan Panggong
Lokasi: Pasir Puteh, Kelantan
Pra Sekolah ->Darjah 1 - Darjah 6



Nama Sekolah: Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil
Lokasi: Pasir Puteh, Kelantan
Tingkatan 1 ->Tingkatan 3



Nama Sekolah: Maktab Rendah Bitara Pengkalan Chepa (MRSM PC)
Lokasi: Pengkalan Chepa, Kelantan
Tingkatan 4 -> Tingkatan 5



Nama Institusi: Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Lokasi: Skudai, Johor
Tahun 1 -> Now

Ke manakah arah tujuku selepas ini?Akan ku tentukan nanti!

********AKU SAYANG SEKOLAH KU********
********SEKOLAHKU RUMAH KU********

Sekian Terima Kasih


Tuesday, April 21, 2009

Aku berasa resah.Aku menjadi malas.Aku berasa bosan!

Aku berasa resah.Aku menjadi malas.Aku berasa bosan!

Tidak sabar hendak memuntahkah segala ilmu yang Aku kutip selama 1 semester!

Aku membelek2 jadual final exam. Huh..Mengeluh!! ada 6 paper semuanya. Agak banyak sebenarnya. Mungkin semester ini paling mencabar. Semester ini lah paling hectic. Semester inilah paling menggila dan membunuh. Harap2 ianya gagal untuk mencekik pointer Aku sem ini. Paper pertama pada 26 hb April dan berakhir pada 5 hb Mei (Lambatnya boleh balik) walhal manusia lain sudah pon habis final exam ketika itu. Mereka boleh berpoya sedangkan Aku terpaksa menelaah untuk kertas akhir peperiksaan. Argh..dengkinya Aku.

Aku mungkin pulang pada 7hb Mei. 11 hb Mei.Aku seharusnya daftar latihan industri di syarikat yang Aku terima. Tapi Aku bersyukur kerna Aku boleh tinggal di rumah semasa latihan industri. Dapat menatap wajah bonda dan ayahanda Aku setiap hari. Dapat menikmati masakan bonda setiap hari. Dapat mengubat rindu yang terpalit sekian lama. Sesungguhnya Aku amat menyayangi mereka dunia dan akhirat.

P/S:Adakah Aku merapu meraban? Aku sendiri tidak pasti!maafi Aku
P/S: Doakan kejayaan ku semua.Basya!!

Wednesday, April 15, 2009

Ikhlas Dariku Untuk Temanku Semua (^_^)

Wahai kawan kawan, aku just nak wish you all GOOD LUCK in the final exam

Berjuanglah kamu hingga ke titisan darah terakhir kerana sesungguhnya berjuang di medan ilmu adalah satu JIHAD

"MAN JADDA WAJADA WA MAN ZARA' HASODA"

*****+++++Bermaksud+++++*****

"Sesiapa Yang Berusaha Akan Mendapat Hasilnya"


 

BILA ARJUNA BERBICARA © 2008. Design By: SkinCorner