Saturday, June 20, 2009

Kami Nakal.Bapak Garang.Kami Takut

Ni aku nak habaq pasal kisah keluarga aku. Kisah yang menjadi pengajaran buat aku. Kisah pasal kami adik beradik yang nakal time kecik2 dulu. Dulu je ek kami nakal tapi sekarang ni kami dah insaf.Hahaha.Al maklumla,dah besar panjang semuanya.Hik3
Dulu.Waktu kecik2, aku,adik lelaki aku dan kakak aku nakal. Ala biasalah tu..Budak2..Korang pon sama aku rasa!
Aku ngn adik lelaki aku ni memang jenis yang suka bergaduh. Tiap2 hari x bergaduh tak sah. Macam kucing dengan anjing katakan.
Nak dijadikan cite,time tu waktu makan. Kami bergaduh kerana berebut seketul paha ayam. Mak aku nasihat supaya bagi je kat adik aku ayam tu. Bapak ku die je time tu.Tapi aku pon jenis yang degil gak. Tak nak ngalah.Hahah.. Diam punya diam..akhirnya meletus jugak gunung berapi die tu. Die marah lalu sembur sepiring budu kea rah kami berdua. Habis terpecik ke tubuh kami. Ada cikit yang masuk mata. Aduh pedihnya. Aku terus berlari ke singki utk cuci mata.
Kakak aku pelik sikit.Die jenis yang susah dan malas p sekolah. Pagi2 je menangis tak nak p sekolah. Puas mak aku pujuk. Tapi xda kesan pon.
Satu hari tu, die menangis lagi xnak p sekolah. Bapak aku geram dan marah. Korang tahu apa tindakan bapak aku?Hahaha..
Die tarik tangan kakak aku dan ikat kakak aku kat sebatang pokok betul2 depan rumah aku. Semua orang yang lalu lalang ke sekolah berhenti dan memerhatikan kakak aku. Lagi kuat die nangis. Waktu tu die baru darjah 2.
Mungkin kerana terlalu malu kot,pastu barulah die mangaku kalah. Merayu2 die nak p sekolah balik.Hahaha..
Amacam? Garang tak bapak aku. Die ni jenis yang diam2 je orgnya. Tapi bila dah meletus tu die akan buat apa yang sepatunya la.
Sejak peristiwa2 sedemikian, kenakalan kami berkurangan.Kalau nak bergaduh pon di belakang bapak baru boleh. Kalau depan bapak terpaksa lah buat pura2 baik.Hahaha..Very funy!


 

BILA ARJUNA BERBICARA © 2008. Design By: SkinCorner